Thursday, December 5, 2013

Derma Darah


Assalammualaikum . 

Hari ini mencipta sejarah baru dalam hidup eqah iaitu pergi menderma darah. kecohkan? But who care ? here is my place ! haha. Actually eqah tak terlintas atau berniat pun nak pergi derma. Plan asalnya just nak teman hanan . But bila sampai sana , tengok ramai orang beria-ria nak pergi derma , terasa macam dapat hidayah untuk turut serta. hehe. Sesiapa yang tidak pernah cuba pasti akan fikir sakitlah , pedihlah or whatever kan ? Actually , tak ada apa akan jadi. Kita just perlu kuat dari segi mental dan fizikal. (berlagak pulakan? haha)

Actually , derma darah ini ada banyak kebaikan. Jom tinjau faedah-faedahnya ...

  • Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanse. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.
  •  Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru. Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.
  • Membantu melawan hemochromitosis.Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.
  • Membakar kalori. Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
  • Warga emas rasa lebih bertenaga.Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.




# from here eqah dapat tahu kumpulan darah eqah : )

SELAMAT MENDERMA 

No comments:

Post a Comment