Saturday, December 6, 2014

kembali

Assalammualaikum !

haloo.. im back ! this princess baru tersedar dari tidur yang lama selepas di tumbuk oleh prince of persia. (cerita mengarut apa yang cuba aku sampaikan ni, haha) uolss .. rindu eqah tak ? btw, im really sorry sebab terlalu lama menyembunyikan diri. actually, before this eqah memang teringin nak update this blog but ketandusan idea. bila nak taip je, eqah jadi blank. So, benda macam ni lah yang buat eqah jadi malas nak update. haha. maaf ye. malas itu memang sahabat sejati saya. memang dari kecil lagi dia suka dok ikut eqah kemana sahaja. so tak boleh nak toloooong lah !!! 

apa yang korang nak tahu tentang eqah ?

eqah dengan siapa sekarang? eqah masih bersama dia. siapa dia? rajin2 lah baca older post okay. haha. malas nak mention. now eqah dah masuk semester . Alhamdulillah. hope eqah and all my friends boleh survive lah kan. leacture kata this semester is very hard to score. so tak tahu nak habak lagu mana, sebab eqah sendiri dok laja lagi. haha. hope segalanya berjalan dengan lancar. apa lagi yang korang nak tahu ? cuti semester eqah pergi mana ? kerja, balik rumah, kerja, balik rumah... itu lah rutin eqah. haha. hidupku yang membosankan !

now stop sampai sini je okay, idea dah semakin pupus. tata ... XOXO





Friday, May 30, 2014

mama's day

Assalammualaikum pembaca2 yang setia. Maaf sebab terlalu lama eqah menyepi. Baru hari ini berkesempatan nak share dengan you all about mother's day yang eqah and family celebrate hari tu. Pada asalnya, eqah tak terfikir nak ajak family berkumpul. Eqah just fikir "what the best gift tht i can give to my mom? " Ada lah juga terfikir nak bagi barang2 yang girlgirl suka like handbag, kasut and something like that. But bila fikir balik, its too common. I have feeling, kalau hari biasa pun boleh je belikan all that things for our mom kan. Yeahh! So lepas berfikir selama beberapa minggu dan disertakan dengan pendapat dari kawan2 di tempat kerja, eqah decide nak buat something yang dah lama eqah and family eqah tak buat. Berkumpul dan luangkan masa bersama2 sebab masing2 sibuk kan (sibuk mengalahkan pendana menteri, hehe).

Then eqah gunakan masa itu untuk kenalkan mama dengan izhar. Lagipun itulah plan kami tahun ini, untuk kenal family masing masing dengan lebih dekat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada yang tersasar sikit daripada perancangan asal. Terima kasih juga atas pertolongan along and kak emy. Point yang eqah nak bagitahu kat sini, for me tak ada hadiah yang paling indah buat seorang ibu melainkan dapat bersama dengan anak2nya and eqah rasa ini the best gift yang eqah dapat bagi kat mama, the best moment ..




SUPRISEE !!! 
da makan kenyang2, baru bawa kek. haha :D



p/s : we love you mama <3 <3 <3



Saturday, December 14, 2013

kenali pasangan anda

Assalammualaikum

Selamat pagi semua !!! Buka mata , gosok gigi and terus menghadap pc. Ada bau ? Abaikan : / Pagi ini terasa macam nak share something dengan korang . I think u know about this but sometimes u will not realize it. For sure , pasti ada di antara u all yang sudah mempunyai pasangan masing-masingkan kan .But sejauh mana u all mengenali mereka ? Walaupun kita sedar bagaimana sikap pasangan kita , but when ada perselisihan faham , pasti kita akan tetap dengan ego kita kan ? (that me -,-) now i'll share something yang u all perlu tahu about pasangan u all.

meh baca di bawa ini !

Apa yang kaum adam perlu tahu tentang kaum hawa ?

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan
perhatian. ( perempuan tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain dan sebab itu mereka agak sensitif bila orang yang diharapkan buat dek je dengan mereka )

Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. (wanita juga ingin merasa yang diri mereka dihargai atau diperlukan!)

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. ( Perempuan bukan berdendam dan bukan mengungkit. But mereka lebih berhati hati and tak nak pisang berbuah berkali kali ) 

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. ( take note! )

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah. ( wanita akan fikirkan orang lain sebelum dirinya . opss, depend ! )

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. ( perempuan ini amat peka dengan sesuatu perkara. Tak kira benda yang da lama and baru berlaku. Diam bukan bermakna dia tak ambil kisah , tetapi mereka mencari waktu yang sesuai untuk diluahkan )

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum. ( ada ke wanita yang tak suka bermanja ? )

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. (setuju ! walaupun sometimes bukan salah wanita tetapi mereka akan mengalah untuk orang yang mereka sayangi)

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. ( buat suami ! )

Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya. (think twice !)




Then kaum hawa juga perlu ambil tahu mengenai kaum adam !


Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat. ( eqah suka lelaki yang macam ini. Baru tahu sejauh mana dia sayang kita :) )

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. ( some of them , i think .. ) 

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. ( sokong ! suka buat prespektif sendiri . )

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. (sometime..)

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita… ( kelakian ? eqah lebih suka lelaki yang tak mudah berputus asa !)

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. ( erk..kaum adam ! tolong kuatkan iman and jaga pandangan. for my bakal imam , saya kuat cemburu. so please -.- )

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! ( sure ? )

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. (be yourself)

Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. ( eqah selalu hadapi lelaki begini , sabor je lah -,- )

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. ( tetapi kenapa bila wanita direct to the point , lelaki susah faham yee? )

Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! ( mybe! )

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. ( eqah suka tengok lelaki cemburu, baru tahu dia sayang kita kan. huahua )

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… ( belajar untuk memahami ! )

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. ( setuju ! )

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan.. ( kalau nak pasangan yang setia , kita juga perlu setia .. buat apa nak sakitkan hati orang yang kita sayang #ttbe emo. haha )

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! ( jolok mata tu nak ? -,- perempuan ! careful )

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. ( yup , lelaki pun ada peraaan kan. # back up lelaki :) )

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…  ( macam perigi mencari timba je )

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. ( mybe !)
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.. ( yekew , sometimes bila perempuan menangis dorang buat dek je)

# ada nampak macam biased tak ? haha. memey lah. Eqah kan perempuan , so kena back up perempuan lebih sikit. Hope this info are useful for u !



Thursday, December 5, 2013

Derma Darah


Assalammualaikum . 

Hari ini mencipta sejarah baru dalam hidup eqah iaitu pergi menderma darah. kecohkan? But who care ? here is my place ! haha. Actually eqah tak terlintas atau berniat pun nak pergi derma. Plan asalnya just nak teman hanan . But bila sampai sana , tengok ramai orang beria-ria nak pergi derma , terasa macam dapat hidayah untuk turut serta. hehe. Sesiapa yang tidak pernah cuba pasti akan fikir sakitlah , pedihlah or whatever kan ? Actually , tak ada apa akan jadi. Kita just perlu kuat dari segi mental dan fizikal. (berlagak pulakan? haha)

Actually , derma darah ini ada banyak kebaikan. Jom tinjau faedah-faedahnya ...

  • Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanse. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.
  •  Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru. Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.
  • Membantu melawan hemochromitosis.Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.
  • Membakar kalori. Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
  • Warga emas rasa lebih bertenaga.Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.




# from here eqah dapat tahu kumpulan darah eqah : )

SELAMAT MENDERMA 

Sunday, November 24, 2013

cameron highland

Assalammualaikum
Hey guys , apa habak ? I'm sorry sebab terlalu lama mendiamkan diri. Honestly , cuti semester kali ini memang agak memenatkan sebab eqah sibuk dengan kerja then menguruskan rumah sewa yang tidak jadi disewa , and banyak lagi. Bukan merungut just mengadu. hehe. But pejam celik pejam celik , cuti semester kali ini bakal berakhir. Esok adalah permulaan pertama bagi menghadapi semester ketiga. Wish me luck babe.

Kali ini eqah ingin berkongsi kenangan bercuti di cameron highland bersama family. Honestly , memang teruja sangat waktu kat sana sebab lama juga kami tidak bercuti bersama sama. Mama sibuk dengan kerja and anak anaknya pula sibuk dengan belajar. (belajarlah sangatkan, haha) So , demi nak spent time together, mama pun decide nak bawa kami ke cameron highland . Plan asalnya, mama nak bawa kami pergi ke cameron and genting but my only brother tak nak. Katanya permainan kat sana banyak tutup. Sebelum ini pun eqah pernah pergi sana, but waktu tu hujan lebat. Memang bosan la mok cik ni, just dapat duduk dalam bangunan and pusing pusing kat tempat yang sama je.

Waktu kami sampai kat cameron highland , kami terus pergi check in hotel yang mama da booking. Kami menginap kat situ just untuk satu malam sahaja, namanya SilverStar hotel kat Brinchang. Not bad. Hotel dia bersih and memenuhi citarasa eqah. After check in, kami pergi isi perut yang kosong then terus merantau kat kawasan yang terdekat. After jalan jalan, tiba tiba hujan lebat. So terbantut niat kami nak pergi ladang teh. Just dapat tinjau dari atas. Then waktu malam pula, kami pergi pasar dekat sana. Just jalan kaki sebab tak jauh dari hotel. Harga barang barang dekat sana standard macam dekat KL. So tak payah nak risau sangatlah kan.

Our second day dekat sana, kami pergi tempat tempat yang telah dirancang. Banyaklah juga tempat yang kami pergi. Firstly pergi ladang teh but sama juga macam semalam , sampai sana tiba tiba hujan. Agaknya teh tu memang tak nak jumpa kami. So alang alang sudah sampai, kami just snap picture. After that, hujan berhenti. So apa lagi . Jalanlah selagi bolehkan. Then kami pergi ke Lavender Garden. Kepada sesiapa gadis gadis di luar sana yang tergila gila kan bunga, bolehlah datang kat lavender garden ni . Siap ada jual bunga , boleh petik sendiri lagi. hehe. After that, kami pergi Taman Rama-Rama. Pun best juga. Masuk je sana, kami dapat lihat rama-rama di sekeliling kami. But agak pelik juga sebab rama-rama kat situ just duduk dekat satu tempat , pemalas agaknya. hehe. Kat sana boleh tengok haiwan haiwan lain juga seperti ular, kura-kura, katak and lain lain lagi. After that, kami pergi ke Rose Centre. View dia memang cantik sebab penuh dengan bunga bunga. Before kami balik, kami pergi ke strawbery farm. Haha , inilah tempat yang eqah tunggu tunggukan. Act, kami just nak stay dekat sana dua hari satu malam. But terasa tak puas pula, so mama pun setuju nak tambah lagi satu malam dekat sana. So second night kami menginap di Jasmine Hotel pula. Also not bad.

Last day dekat sana kami pergi balik dekat ladang teh. Haha, tak nak mengalahkan. So memang rezeki kami waktu itu, jadi dapat kami turun ladang. Then kami pergi balik strawberi farm untuk petik strawberi yang ada kat sana. Best sebab dapat pilih sendiri strawberi yang kita nak. After that , kami pergi air terjun yang ada dekat sana. Eqah pun tak berapa ingat nama tempat itu apa. Sebab tidur lena dalam kereta . Sedar sedar, sudah ada kat situ. haha. macam ghaib pula. Then kami terus balik KL. Honestly, cameron highland memang best sangat. Kat sana tempat yang paling terbaik untuk kita nikmati ciptaan Allah.

# waktu dekat sana mama always cakap belikan rumah banglo atau apartment yang ada kat sana untuk mama. haha , comel .. InsyaAllah :)




baru lepas hujan lebat , sejuk sangat.


 ROSE CENTRE with my mom.


LAVENDER GARDEN


SilverStar Hotel

SilverStar Hotel again with my girls





Wednesday, July 10, 2013

Cinta Ramadhanku

Assalammualaikum


First of all , eqah nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK kepada seluruh umat Islam di dunia ini . Semoga kita sama-sama memperolehi barakah Allah .

Berbalik kepada tajuk entry eqah kali ini . Tentu ramai yang tertanya-tanyakan . Haha. sabar orang-orang kampung. Mungkin ada di kalangan korang yang da tahu siapa lelaki yang bertahta di hati eqah kan ? Pada siapa yang tak tahu , meh eqah kenalkan ...

hadiah sempena anniversary 1 year (bantal love yang cute miut tu)

HAH ! Ini dia jejaka yang eqah maksudkan . ecehhh .. Disini eqah gelarkan dia Mr MI okay. Motif entry kali ini , eqah nak share something dengan you all . Hari ini genap hubungan kami selama setahun . Alhamdulillah! Honestly, eqah rasa bersyukur yang amat sangat. Hubungan kami bermula pada 1 Ramadhan tahun lepas .Selama setahun kami bersama , kami berjaya menghadapi segala manis pahit kehidupan. Apa yang menarik tentang dia ? Eqah mula tertarik untuk berkawan dengan dia dulu hanya sebab suara dia. Wow, really awesome. First time eqah dengar suara lelaki yang lembut, kata-katanya tersusun. Sepanjang eqah bersama dengan dia, eqah tak pernah dengar dia cakap bad word. Even kami ada salah faham pun , dia hanya akan Istighfar. Itu yang paling eqah selut dengan dia. Another thing , biarlah menjadi rahsia eqah yee . hehe .


Telekung di atas ini adalah pemberian daripada si dia . Eqah rasa terharu sangat sebab dalam banyak-banyak benda, eqah tidak terfikir yang dia akan bagi telekung ni . Alhamdulillah . :) Walaupun eqah tahu jodoh itu rahsia Allah , but eqah yakin dengan hubungan ini . Semoga Allah makbulkan doa kami . Moral of this story, bukan anniversary setahun yang eqah harapkan but hubungan yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Amin . Lot of love to MR MI.






Thursday, June 27, 2013

pembuka kata

Assalammualaikum

I'm come back . yeahhh :D mesti ramai yang wonderkan, where my older post ??? opss.. haha . so sorry. actually eqah dah delete semua older post eqah atas dasar nak baik pulihkan balik blog ni . But kalau hendak di ikutkan , older post itu tak meganggu pun kerja kerja penyelengaraan . It's ok . tangan gatal sangatkan nak delete. Benda yang sudah jadi tidak boleh dikenang. kan kan ? hehe. (padahal dalam hati sudah menyumpah yumpah) .

Now eqah nak promote kembali blog eqah ni. haha. gila glamour . actually tak ada yang menarik kat diri eqah , nak kata ada bakat menulis. jauh panggang dari api lah kan . So eqah akan menaip mengikut gerak hati eqah , i will share my experience , opinion and others with u all okay. InsyaAllah , I try to make it interesting . Before that , eqah minta maaf if eqah jarang update. As u all know kan , eqah student full time , so masa eqah banyak dihabiskan dengan belajar,belajar and belajar. (dan dan je, haha)

eqah rasa this entry hanya sampai sini je dulu. InsyaAllah , after this i will update lagi okay . selamat malam my stalker, haha . xoxo . Assalammualaikum .